Akta perlindungan hidupan liar pdf




















Dengan syarat bahawa jika sesuatu permit dikeluarkan oleh Menteri maka ianya hanya boleh dibatalkan atau ditarik balik oleh Menteri. Raja atau Yang di Pertua sesuatu Negeri setelah berunding dengan Menteri dari semasa ke semasa boleh melalui pemberitahuan dalam Warta -.

Mana-mana pemburu berlesen boleh menembak, membunuh atau mengambil seseekor binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang dinyatakan dalam lesennya dalam sesuatu rizab hidupan liar jika dia telah terlebih dahulu mendapat suatu permit bertulis menurut Seksyen Seseorang atau seorang ejen sesuatu persatuan yang ingin membuat penyelidikan atau kajian mengenai seekor binatang liar atau burung liar atau sebahagian daripadanya hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis untuk berbuat demikian terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, seseorang dari kaum Orang Asli sebagaimana ditakrif dalam Akta Orang Asli boleh menembak, membunuh atau mengambil binatang-binatang liar atau burung-burung liar yang diperihalkan dalam Jadual Dua dan Empat sebagai rusa, pelanduk, burung-burung buruan dan monyet bagi maksud menyara diri sendiri dan keluarganya.

Mana-mana pegawai yang bertindak secara bona fide pada menjalankan kuasa-kuasanya boleh menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar jika -. Dengan syarat bahawa pemunya atau penduduk itu hendaklah membinasakan dengan berkesan, apabila tanaman ini dituai, apa-apa jua getah burung dan bekas kayu atau apa-apa bahan lain yang di mana getah burung telah digunakan.

Jika mana-mana orang dijumpai memasang, meletak, menggunakan atau dengan secara lain memiliki mana-mana binatang atau burung liar atau tidak dalam sesuatu keadaan yang menyebabkan ada sebab bagi mengesyaki bahawa orang itu menggunakan binatang atau burung itu sebagai denak atau umpan bagi maksud memikat mana-mana binatang liar atau burung liar, maka sehingga akasnya dibuktikan adalah dianggapkan bahawa orang itu telah cuba menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 59 dan 60, tiap-tiap orang selain daripada -. Tiap-tiap orang termasuk orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 58 a , b , d dan e selain daripada seorang pemburu berlesen, yang ada dalam miliknya binatang liar atau burung liar yang baharu dibunuh atau dilukakan atau sebahagian daripadanya hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan sebagai telah menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu.

Jika Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau mana-mana orang yang diperakui secara bertulis olehnya mempunyai pengetahuan khusus atau kemahiran dalam hidupan liar memberi keterangan dengan bersumpah dalam mahkamah bahawa apa-apa benda atau barang, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah binatang liar atau sebahagian daripadanya, burung liar atau sebahagian daripadanya, daging binatang liar, daging burung liar, terofi, belantik, ranjau, pelubangan, penurun, jerat, umpan, umpan beracun atau perangkap dawai maka hendaklah sehingga akasnya dibuktikan dianggapkan bahawa benda atau barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah ialah binatang liar atau sebahagian daripadanya, burung liar atau sebahagian daripadanya, daging binatang liar, daging burung liar, terofi, belantik, ranjau, pelubangan, penurun, jerat, umpan, umpan beracun atau perangkap dawai.

Jika seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini kerana menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar atau kerana cuba melakukan kesalahan itu maka hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan bahawa mana-mana orang lain telah bersubahat dengan orang yang disabitkan itu jika pada masa kesalahan itu dilakukan orang lain itu -. Jika binatang liar, burung liar atau sebahagian daripadanya sama ada binatang liar atau burung liar atau jerat dijumpai dalam mana-mana bangunan maka hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan bahawa penduduk bangunan itu memiliki binatang liar, burung liar atau sebahagian daripadanya sama ada binatang liar atau burung liar atau jerat itu dan jika terdapat lebih daripada seorang penduduk dalam bangunan itu maka penduduk bahagian bangunan di mana binatang liar atau burung liar atau sebahagian daripadanya sama ada binatang liar atau burung liar atau jerat itu dijumpai hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan sebagai penduduk bagi maksud Seksyen ini.

Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Walau apa pun peruntukan dalam Akta ini, tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil seekor badak kerbau, harimau belang atau harimau dahan atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil jenis binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempuh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya selain daripada binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagiannya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun enam bulan atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dengan menggunakan apa-apa senjata selain daripada apa-apa senjata yang dinyatakan oleh Menteri menurut Seksyen 31 sebagai senjata bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang ditetapkan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar dari mana-mana kereta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain , didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience. Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly.

This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information. Toggle navigation. Categories : Food. This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. This entire fauna forms a vital part of the ecosystem. Oleh itu, adalah menjadi kegembiraan kami sekiranya mereka dicatatkan ke dalam senarai binatang yang terpelihara di negara ini.

Petition Tags Pangolin borneo Brunei stoppoaching slowloris whosesideareyouon. Jadi marilah kita bersama-sama melindungi flora dan fauna negara kita yang amat berharga ini!

Seluruh fauna adalah sangat penting untuk membentuk sebahagian ekosistem yang tertentu. What will be left for our children and future generation to see then? GoPetition respects your privacy. Justeru itu, kami berharap agar pihak abiskita akan memberi kerjasama dengan menandatangani Petisyen ini untuk dihadapkan kepada lerlindungan yang berkuasa untuk mengubahsuai Akta Perlindungan Binatang Liar dengan secepat mungkin.

The opportunity to see these amazing yidupan and animals in the wild are quite rare in other parts of Borneo and we do not want Brunei to end up like that. Setiap organisma bergantung terhadap satu sama lain untuk meneruskan kehidupan mereka.

We would be delighted if these species and perlindjngan others are also to be included into the Perlundungan Protected List as Brunei might be the remaining country on Borneo Island acting as a safe haven for such wildlife with its abundant forest cover. Ingatlah, kepupusan bermaksud tidak boleh di kembalikan seperti sediakala. There have been Eagles, Hornbills and Slow Lorises all for sale and this is only a small list of the different species being traded on social media hiduapn at local markets.

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are as essential for the working of basic functionalities of the website.

We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies.

But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience. Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly.

This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.



0コメント

  • 1000 / 1000